Friday, 10 May 2019

DIDIKAN NILAI-NILAI MURNI


Apa khabar semua? Diharapkan anda semua sihat dan sentiasa didalam perlindungannya.

Apa khabar puasa kita hari ini? Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk bertemu Ramadan pada tahun ini. 

Hari ini saya ingin kongsikan tentang didikan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kita didik dengan pegangan yang kuat terhadap nilai-nilai murni yang menjurus kepada kebaikan. Namun, dalam banyak keadaan, manusia mudah ditarik oleh dorongan yang buruk disekeliling mereka sekiranya mereka berada dalam kelompok ini.

Jika anda berada dalam kalangan yang boleh merosakkan nilai murni yang anda pegang selama ini, saya doakan anda diberikan peluang dan jalan untuk keluar darinya.

Perkara sedih yang tidak dapat saya lakukan adalah tidak mampu untuk menasihatkan mereka yang berada dalam kalangan ini, bukanlah kerana mereka jahat akan tetapi sistem yang mereka pegang iaitu tidak boleh berkata tidak, walaupun terpaksa melakukan kesalahan. Sedangkan saya selalu membantah dan tidak bersetuju dengan banyak perkara. Mungkin inilah sebab mengapa ada golongan yang mencari kelemahan kita untuk dijadikan asas kepada perkara-perkara lain. Malah berada dalam sistem ini juga menghakis jati diri dan umpama ditarik untuk mengikut budaya mereka. Sehingga kita sendiri berasa kalah dan mengalah sedangkan kita berusaha untuk keluar dari sistem ini.

Saya doakan kita semua sentiasa diberikan petunjuk dan jalan oleh Allah untuk terus kuat menghadapi apa sahaja cabaran dalam kehidupan dan dapat kembali kepadaNya dalam keadaan tenang dan dimaafkan atas segala kesilapan selama kita hidup di dunia ini. 

Salam sayang dari saya. In Shaa Allah berjumpa lagi dilain perkongsian.

Saturday, 27 April 2019

CABARAN DALAM KEHIDUPAN...


Apa khabar? Bagaimana hari anda semua? Diharapkan anda semua sihat sejahtera dan sentiasa didalam rahmat Allah. Siapa lah kita tanpa kasih sayang Maha Pencipta kan?

Dalam banyak perkara yang saya dan anda lalui, tentu sahaja ada cabarannya bukan?
Bagaimana anda berdepan dengan cabaran ini? Anda boleh kongsikan dengan saya? Ooo macam mana nak berkongsi ye? Boleh emailkan pada saya di doublezamzamwater@gmail.com.

Saya juga melalui cabaran seperti anda..tiada antara kita yang menghadapi kehidupan tanpa cabaran dan ujian kan? Contohnya, masa kita masih dibangku sekolah, mungkin cabaran yang kita lalui ialah  untuk sampai ke sekolah dengan selamat. Saya dilatih berbasikal ke sekolah sejak berumur 10 tahun. Setiap hari persekolahan, saya akan  melalui jalan yang tidak lah sesak seperti sekarang. Dari seksyen 11 Shah Alam ke Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda seksyen 4 Shah Alam. Selalunya saya akan lalu jalan pintas dengan memasuki kawasan Masjid Negeri Shah Alam, atau pun Tasik Shah Alam. Apa kaitan perjalanan ke sekolah ini dengan cabaran? Bagi saya yang melalui pengalaman ini ialah cabaran untuk sampai dengan selamat ke sekolah pada masa yang telah ditetapkan. Dalam banyak keadaan, saya dapat sampai ke sekolah tepat pada masanya. tetapi jika saya berbasikal dalam keadaan yang perlahan, memang saya akan lewat sampai ke sekolah, ditambah pula, jika saya berhenti di Tasik Shah Alam tu😅

Saya menggunakan cabaran ini sebagai analogi untuk menggambarkan, dalam kehidupan seharian kita, kita berdepan dengan pelbagai perkara yang boleh menarik kita kearah kebaikan atau kejahatan. Adakalanya kita lupa bahawa, apa yang ingin kita capai dihujung jalan itu lebih penting dari perkara yang berada ditengah perjalanan. 

Saya doakan anda semua dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan dan menjadi lebih kuat dan dapat menyumbang kepada insan tersayang dan masyarakat, agama dan bangsa.

In Shaa Allah, semoga jumpa lagi di lain perkongsian. 

Thursday, 7 March 2019

KATA-KATA PEMBAKAR SEMANGAT



KATA-KATA PEMBAKAR SEMANGAT


Jika Dapat Beri Terbaik Untuk 1/10
In Shaa Allah, Pastikan Yang Terbaik Untuk 9/10!

Selamat Maju Jaya Untuk Anda❤❤❤

Sunday, 3 March 2019

MOTIVASI 2

Apa khabar semua? Didoakan anda semua sentiasa sihat dan dapat terus menyumbangkan bakti anda buat keluarga, agama, bangsa dan negara.

Bertemu kembali untuk sambungan motivasi. Oh ya, untuk anda yang baru melawat blog ini, motivasi 2 merupakan sambungan daripada motivasi 1. Perkongsian ini adalah dari kursus kepimpinan dan penyeliaan berkesan yang dihadiri oleh saya pada minggu kedua Februari 2019.

Kali ini saya ingin kongsikan antara ciri-ciri mereka yang memiliki dorongan yang tinggi. Antaranya ialah:

  1. Cepat dan tepat dalam tindakan
  2. Pantas bekerja
  3. Ada inisiatif dan kreatif
  4. Cermat dan teliti
  5. Menunjukkan minat yang tinggi dalam melaksanakan tugasan
  6. Mengikut masa 
  7. Mempunyai perancangan dan bersistematik
  8. Optimis 
  9. Sabar
Antara ciri-ciri dorongan rendah pula seperti berikut:
  1. Malas dan lembab
  2. Tidak bermaya
  3. Lintang pukang
  4. Banyak melakukan kesilapan
  5. Tiada perancangan
  6. Mudah kecewa
  7. Tidak mahu menerima tanggungjawab.
  8. Bertangguh.
Setakat ini dahulu motivasi 2. Bertemu lagi disambungan motivasi 3. Selamat maju jaya buat semua. 

Friday, 22 February 2019

MOTIVASI 1


Apa khabar semua? Lama sungguh tidak kemaskini blog ni. Diharapkan semua sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya belajar dari kursus kepimpinan dan penyeliaan berkesan yang berlangsung di Kemaman pada 11-14 Februari 2019.

Saya memilih tajuk motivasi pada kali ini. Saya sangat mengagumi penceramah untuk topik motivasi ini iaitu Puan Rohayu binti Ahmad, Timbalan Pendaftar Wilayah INTIM. Beliau bukan sahaja seorang yang sangat positif malah dapat menyampaikan tajuk ini dengan sangat menarik. 

Beliau memulakan sesi dengan mengajak para peserta untuk muhasabah diri terlebih dahulu. Ada 8 perkara yang menarik kami, para peserta untuk terus bermuhasabah. Ini adalah 8 perkara tentang penilaian para peserta terhadap pekerjaan mereka sekarang iaitu:

1. Karier tidak benarkan awak fokus kepada prioriti awak;
2. Awak tak dapat gunakan kemahiran semaksimum mungkin dengan skop kerja sekarang;
3. Awak rasa gembira dan lega lain macam bila dah sampai hari Khamis/Jumaat;
4. Awak rasa dengki dengan karier kawan-kawan awak;
5. Karier sekarang hadkan awak dari mencuba perkara baru dalam hidup awak;
6. Awak berharap waktu kerja lebih awal;
7. Karier sekarang tak kembangkan tahap pemikiran dan kualiti awak sebagai manusia;
8. Bila rutin kerja harian menjadikan awak sebagai manusia yang hidup di dunia menunggu MATI.

Dari 8 perkara diatas ini, dimanakah anda dengan kerjaya sekarang? Maka semua peserta mula memberikan pandangan masing-masing. Ada peserta yanag maklum tak sabar nak tunggu hari Khamis, ada pula yang berharap waktu kerja lebih awal (ini pasti morning person) dan macam-macam lagi pandangannya.

Jika anda, dari no 1 hingga 8, yang mana satu 'terkena' pada anda? Saya merasakan no.1 adalah saya. Namum saya sentiasa diingatkan untuk buat terbaik kepada sesuatu yang saya tidak berapa suka, kerana jika dapat memberikan yang terbaik pada saat itu, pasti sahaja saya dapat buat terbaik pada sesuatu yang saya sangaaatttttt suka. Saya cuba melihat kebaikan mempelajari benda baru. Ini membantu mengekalkan motivasi untuk terus berikan yang terbaik. 

Dorongan dalaman juga sangat memainkan peranan penting untuk mengekalkan motivasi. Jihad dalaman bertahan lebih lama berbanding dorongan luaran. Boleh saya tahu, apa yang anda faham tentang dorongan dalaman dan dorongan luaran?

Contoh dorongan dalaman adalah BIG WHY anda dalam mengekalkan motivasi iaitu sebab yang mendorong sesuatu tindakan diambil. Manakala, dorongan luaran lebih bersifat sementara seperti ganjaran.

Saya berhenti disini, ada yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang tajuk motivasi ini? In Shaa Allah, jumpa di MOTIVASI 2