Apa khabar? Bagaimana hari anda semua? Diharapkan anda semua sihat sejahtera dan sentiasa didalam rahmat Allah. Siapa lah kita tanpa kasih sayang Maha Pencipta kan?
Dalam banyak perkara yang saya dan anda lalui, tentu sahaja ada cabarannya bukan?
Bagaimana anda berdepan dengan cabaran ini? Anda boleh kongsikan dengan saya? Ooo macam mana nak berkongsi ye? Boleh emailkan pada saya di doublezamzamwater@gmail.com.
Saya juga melalui cabaran seperti anda..tiada antara kita yang menghadapi kehidupan tanpa cabaran dan ujian kan? Contohnya, masa kita masih dibangku sekolah, mungkin cabaran yang kita lalui ialah untuk sampai ke sekolah dengan selamat. Saya dilatih berbasikal ke sekolah sejak berumur 10 tahun. Setiap hari persekolahan, saya akan melalui jalan yang tidak lah sesak seperti sekarang. Dari seksyen 11 Shah Alam ke Sekolah Rendah Kebangsaan Raja Muda seksyen 4 Shah Alam. Selalunya saya akan lalu jalan pintas dengan memasuki kawasan Masjid Negeri Shah Alam, atau pun Tasik Shah Alam. Apa kaitan perjalanan ke sekolah ini dengan cabaran? Bagi saya yang melalui pengalaman ini ialah cabaran untuk sampai dengan selamat ke sekolah pada masa yang telah ditetapkan. Dalam banyak keadaan, saya dapat sampai ke sekolah tepat pada masanya. tetapi jika saya berbasikal dalam keadaan yang perlahan, memang saya akan lewat sampai ke sekolah, ditambah pula, jika saya berhenti di Tasik Shah Alam tu😅
Saya menggunakan cabaran ini sebagai analogi untuk menggambarkan, dalam kehidupan seharian kita, kita berdepan dengan pelbagai perkara yang boleh menarik kita kearah kebaikan atau kejahatan. Adakalanya kita lupa bahawa, apa yang ingin kita capai dihujung jalan itu lebih penting dari perkara yang berada ditengah perjalanan.
Saya doakan anda semua dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan dan menjadi lebih kuat dan dapat menyumbang kepada insan tersayang dan masyarakat, agama dan bangsa.
In Shaa Allah, semoga jumpa lagi di lain perkongsian.
No comments:
Post a Comment