Friday, 22 February 2019

MOTIVASI 1


Apa khabar semua? Lama sungguh tidak kemaskini blog ni. Diharapkan semua sihat walafiat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Kali ini saya ingin kongsikan apa yang saya belajar dari kursus kepimpinan dan penyeliaan berkesan yang berlangsung di Kemaman pada 11-14 Februari 2019.

Saya memilih tajuk motivasi pada kali ini. Saya sangat mengagumi penceramah untuk topik motivasi ini iaitu Puan Rohayu binti Ahmad, Timbalan Pendaftar Wilayah INTIM. Beliau bukan sahaja seorang yang sangat positif malah dapat menyampaikan tajuk ini dengan sangat menarik. 

Beliau memulakan sesi dengan mengajak para peserta untuk muhasabah diri terlebih dahulu. Ada 8 perkara yang menarik kami, para peserta untuk terus bermuhasabah. Ini adalah 8 perkara tentang penilaian para peserta terhadap pekerjaan mereka sekarang iaitu:

1. Karier tidak benarkan awak fokus kepada prioriti awak;
2. Awak tak dapat gunakan kemahiran semaksimum mungkin dengan skop kerja sekarang;
3. Awak rasa gembira dan lega lain macam bila dah sampai hari Khamis/Jumaat;
4. Awak rasa dengki dengan karier kawan-kawan awak;
5. Karier sekarang hadkan awak dari mencuba perkara baru dalam hidup awak;
6. Awak berharap waktu kerja lebih awal;
7. Karier sekarang tak kembangkan tahap pemikiran dan kualiti awak sebagai manusia;
8. Bila rutin kerja harian menjadikan awak sebagai manusia yang hidup di dunia menunggu MATI.

Dari 8 perkara diatas ini, dimanakah anda dengan kerjaya sekarang? Maka semua peserta mula memberikan pandangan masing-masing. Ada peserta yanag maklum tak sabar nak tunggu hari Khamis, ada pula yang berharap waktu kerja lebih awal (ini pasti morning person) dan macam-macam lagi pandangannya.

Jika anda, dari no 1 hingga 8, yang mana satu 'terkena' pada anda? Saya merasakan no.1 adalah saya. Namum saya sentiasa diingatkan untuk buat terbaik kepada sesuatu yang saya tidak berapa suka, kerana jika dapat memberikan yang terbaik pada saat itu, pasti sahaja saya dapat buat terbaik pada sesuatu yang saya sangaaatttttt suka. Saya cuba melihat kebaikan mempelajari benda baru. Ini membantu mengekalkan motivasi untuk terus berikan yang terbaik. 

Dorongan dalaman juga sangat memainkan peranan penting untuk mengekalkan motivasi. Jihad dalaman bertahan lebih lama berbanding dorongan luaran. Boleh saya tahu, apa yang anda faham tentang dorongan dalaman dan dorongan luaran?

Contoh dorongan dalaman adalah BIG WHY anda dalam mengekalkan motivasi iaitu sebab yang mendorong sesuatu tindakan diambil. Manakala, dorongan luaran lebih bersifat sementara seperti ganjaran.

Saya berhenti disini, ada yang berminat untuk tahu lebih lanjut tentang tajuk motivasi ini? In Shaa Allah, jumpa di MOTIVASI 2

No comments:

Post a Comment