Mereka yang bekerja pagi ini, selamat berjuang!
Mereka yang ke universiti, selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu !
Mereka yang ke universiti, selamat meneruskan perjuangan menuntut ilmu !
Moga pagi ini dimulai dengan azam yang baru, semangat yang baru penuh keikhlasan..
Jika berat hendak bekerja, jika malas untuk belajar, ingatlah Firman Allah s.w.t ini...
انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah : 41)
As-Syahid Syed Qutub dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran ketika mentafsir ayat di atas telah menyatakan;
“Hendaklah kamu semua berangkat dalam apa jua keadaanmu. Berjihadlah dengan jiwa raga dan hartamu. Dan jangan mencari-cari alasan dan keuzuran serta jangan sesekali tunduk pada sebarang halangan dan justifikasi.”
Ya, orang yang benar-benar beriman adalah meraka yang terus melangkah biarpun rintangan-rintangan menghalang jalannya.
Inilah juga yang diungkapkan Syed Qutub dalamTafsir Fi Zilal mengenai tafsir ayat 41 Surah At-Taubah tadi;
وأدرك المؤمنون المخلصون هذا الخير , فنفروا والعوائق في طريقهم , والأعذار حاضرة لو أرادوا التمسك بالأعذار
“Orang mukmin yang ikhlas mengetahui bahawa inilah yang terbaik baginya. Maka dia terus melangkah berjuang sekalipun banyak rintangan sepanjang perjalanannya, sedangkan banyak saja wujud keuzuran yang membolehkan dia mengundurkan diri kalau dia mahu.”
Wallah A'lam
Oleh: Ustaz Ahmad @ https://telegram.me/siyasahmuamalat
No comments:
Post a Comment