Wednesday, 3 February 2016

JANGAN BERHENTI KERJA JIKA...


Perkongsian untuk difikirkan bersama. Moga membantu anda dalam mengharungi perniagaan dengan bijak.
===================================

Jika niat anda untuk berhenti kerja bagi memulakan bisnes tergolong dalam kriteria yang disebutkan dibawah, kami nasihatkan anda untuk memikirkannya semula.

Jangan Berhenti Kerja Jika Anda…

1. Tidak Sukakan Bos atau Kerja Tersebut.
Ianya situasi attitude dan penerimaan. Kita memerlukan hati yang besar dan kemaafan yang luas sebagai usahawan.

Andai dibawa marah dan geram ke perniagaan, imej itu tersiar dalam pembawakan.


Usah berhenti kerja dan memulakan niaga kerana ‘fed-up‘ dengan kerja. Ianya bahaya. Kita mungkin ‘give-up‘ dengan bisnes niaga juga. Dan membawa marah ke mana mana.

2. Kita Pandai Membuat Sesuatu Produk.
Puja dan puji orang katanya masakan kita sedap atau pujian tentang bakat kita kadangkala tidak tepat. Bakat berbisnes dan bakat membuat produk ianya tidak sama — jauh beza.

Ini adalah 3 bakat yang ada yang amat berbeza antara satu sama lain:
👉
- Bakat Buat
👉
- Bakat Jual
👉
- Bakat Berbisnes


3. Mempunyai Masalah Kewangan.
Jangan mula berniaga kerana masalah kewangan. Hutang kredit kad, gaji tidak cukup dan kawan yang berniaga bercerita ribu dan juta. Jangan mulakannya jika kita mempunyai masalah diatas.

Situasinya ialah pengurusan wang. Andai wang gaji yang sedikit tidak dapat dikendali, kita tidak akan dapat menguruskan wang yang banyak. Ia bukan tentang jumlah. Ia tentang kebolehan pengurusan.

4. Ingin Menjadi Jutawan.
Jutawan tidak pernah bercita-cita mahu menjadi jutawan (pada mulanya). Mereka sukakan kebebasan. Mereka mahu melakukan sesuatu dan menjadi ejen perubahan.

Usahawan yang mahu mendapatkan duit yang banyak biasanya tidak dapat menyimpan kerana apabila dia dapat dia akan suka membelanjakannya. Ia ada dalam subconscious mind kita.permulaan bisnes 

5. Menerima Peluang Perniagaan.
Usah mula berniaga sekiranya mempunyai peluang membuka gerai di food court dan sepertinya. Bisnes ialah komitmen. Setahun, dua tahun dan seterusnya.

Kadang tidak nampak hasil 6 bulan pertama. Masihkah kita akan teruskan. Masihkah kita akan bertahan. Masihkah ada senyuman.

6. Inginkan Lebih Masa Bersama Keluarga.
Usah berhenti kerja. Lebih baik kita makan gaji sahaja. Tiga tahun pertama pulang tengah malam tiba tiba anak sudah dewasa.

Kenduri kendara saudara mara bukannya tidak mahu kita jenguk namun program setiap hujung minggu pada bisnesniaga. Bukan maksud saya, kita tidak akan dapat apa yang kita mahukan. Cuma usah berhenti kerja kerana perkara diatas.

7. Rasa Sudah Banyak Membantu Orang Menjadi Kaya.
Ini juga bahaya. Sering saya dengar kita kerja siang dan malam yang kaya orang lain bukan kita. Cara menjadi kaya ialah mengkayakan orang lain dan belajar darinya.

Belajar gayanya. Tekuni fikirnya. Orang kaya suka berkongsi. Cerita, pengalaman dan apa sahaja adanya. Perbetulkan mindset kita tentang kaya dan bisnes niaga.

Sumber - MajalahNiaga.com

No comments:

Post a Comment