Sabda Nabi SAW ‘’Sebaik-baik air di atas muka bumi ini adalah Air Zam Zam. Padanya terdapat makanan (yang mengenyangkan) dan padanya juga terdapat penawar yang menyembuhkan penyakit.’’ (Ath-Tabhrani, Al-Mu’jam Al-Kabiir, no. 11167. Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 5633. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Zam-zam, susunan molekul airnya sangat berbeza daripada air biasa. Apabila peminumnya berdoa memohon kebaikan, molekul-molekulnya bergerak membentuk kristal indah, sekali gus menjadikannya sangat istimewa.
Kandungan setitis air zam-zam menyamai seribu titis air biasa. Di dalamnya telah dikenal pasti mengandungi ‘zat’ Kalium, Natrium, Kalsium dan Magnesium yang relatifnya agak tinggi berbanding air biasa.
Tidak itu sahaja, komposisi kandungannya tidak pernah berubah sejak zaman Nabi Ismail A.S. Bahkan air zam-zam telahpun diisytiharkan sebagai air bebas sebarang pencemaran, paling bersih dan menyihatkan oleh piawaian antarabangsa.
No comments:
Post a Comment