Wednesday, 31 December 2014


D O U B L E . Z 
(Z A M - Z A M . W A T E R)
*arahkan cursor pada gambar untuk lebih jelas*

Kepakaran kami adalah membekalkan Air Zam Zam 100% asli dari Tanah Suci Mekah kepada Muslimin dan Muslimat tanpa perlu diragui ketulenannya.


DOUBLE Z (ZAM ZAM WATER)

100% tulen air zam-zam

Stok air zam-zam DOUBLE Z boleh didapati terus dari premis kami di
Kg. Sireh Bawah Lembah, Kota Bharu. Jualan Runcit.

 Penghantaran PERCUMA bagi pembelian 10L untuk 3x botol dan ke atas di kawasan KELANTAN (Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Machang)

********************

Setiap pembelian 10L, RM2.00 akan didermakan ke masjid-masjid/ maahad tahfiz/ rumah anak-anak yatim.

Setiap pembelian 500ml, RM0.50 akan didermakan ke masjid-masjid/ m
aahad tahfiz/ rumah anak-anak yatim

Tuesday, 25 March 2014



Peringatan Untuk Diriku dan Dirimu Jua...

S U B H A N A L L A H
Semoga kita semua berkesempatan melangkahkan kaki ke sini...




 


 

 


 


Sumber Gambar : GooGle


Saturday, 15 February 2014

Terima Kasih Kak Noraini


Alhamdulillah....
Selesai penghantaran Air Zam Zam 10L ke Bukit Antarabangsa dan Subang Jaya.
Pelanggan siap bagi Air Superberries Purple dan jambu air lagi.
Terima kasih bebanyak kepada Kak Noraini.

Tuesday, 11 February 2014

Amalan Murah Rezeki

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”(At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya (Sumber: myibrah)

Tuesday, 28 January 2014

MINUMAN YANG BESAR KEBERKATANNYA

Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi dan yang paling bermanfaat adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat penyembuh dari segala penyakit, pengenyang dari setiap rasa lapar dan penyegar dari rasa haus. Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit r.a bahawa ia berkata: 

Abu Dzar menuturkan dalam hadis yang panjang, lalu ia menyebutkan pertanyaan Nabi saw kepadanya, Sejak bila kamu di sini? Aku (Abu Dzar) menjawab, Kami di sini sejak 30 hari, siang dan malam”. Beliau saw bertanya: “Siapa yang memberikan kamu makan? Aku menjawab: “Tidak ada makanan padaku kecuali air zam-zam. Aku menjadi gemuk sampai perutku buncit, dan tidak aku dapati rasa lapar dalam perutku. Lantas beliau saw bersabda: “Sesungguhnya itu air yang diberkati, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”. (H/R Muslin dan At Thayalisi )

“Rasulullah saw juga bersabda: 

“Sesungguhnya itu air yang diberkati. Ia makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”. (H/R Abu Daud an At Thayalisi) 

Dari Abu Dzarr bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda: 

“Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”. 
H/R Ibnu Abi Syaibah dan Al Bazzar 

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda: 

“Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat pengenyang dari segala rasa lapar dan penyembuh penyakit. Dan seburuk-buruk air yang ada di bumi adalah air yang ada di lembah Badhut daerah Hadramaut, seperti kaki serangga belalang. Kalau pagi memancar dan petang hari tidak ada airnya” 
H/R Thabrani dan Ad Dhiya 

Monday, 27 January 2014

MENARA JAM DIRAJA MAKKAH

 
Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai ‘Makkah Clock Royal Tower’ (Menara Jam Diraja Mekah) adalah sebuah kompleks utama di Kota Suci Makkah, Arab Saudi. Tapak kompleks ‘Abraj Al-Bait Towers’ ini mengandungi bangunan kediaman dan kompleks hotel yang terdiri daripada 7 menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram (Haram al-Sharif) yang menempatkan Kaabah.
Projek ini bertujuan untuk menjadikan masa Makkah sebagai salah satu masa yang utama di dunia dalam menghadapi saingan masa Greenwich, yang akan dihubungkan dengan pusat-pusat Jam Masa terbesar dan utama dunia seperti di London, Paris dan New York dan Tokyo.
‘Makkah Clock Royal Tower’  yang enam kali lebih besar daripada Menara jam Big Ben yang terkenal di London, turut mempunyai balkoni untuk pelawat di bawah setiap jam. Jam Mekah ini disasarkan akan menjadi Pusat Masa Makkah’ iaitu pangkalan Coordinated Universal Time “T-U-C” dan penunjuk jam terkemuka dunia.

Bersejarah
Binaan bersejarah yang dimulakan dan dibangunkan sejak pemerintahan Uthmaniyyah telah terpaksa dirobohkan bagi merealisasikan projek ini dan bagi menampung para jemaah yang mengunjungi Kaabah. Kompleks hotel yang mengandungi 3,000 bilik dan pangsapuri dapat membantu menyediakan sebahagian tempat tinggal bagi lebih lima juta jemaah haji setiap tahun.
Menara utama dan tertinggi di kompleks ini turut mengandungi Hotel tujuh bintang, Muzium Islam dan Balai Cerap Astronomi untuk tujuan saintifik dan juga kegunaan untuk melihat anak bulan pada bulan-bulan mulia.

Rekod Dunia
Bangunan ‘Abraj Al-Bait Towers’ yang merupakan mercu tanda terbaru turut memegang dan memecahkan beberapa rekod dalam dunia pembinaan, termasuk:

  1. Menara jam tertinggi di dunia
  2. Enjin Jam terbesar pernah dibina
  3. Paparan muka jam terbesar di dunia
  4. Binaan bulan sabit terbesar di dunia
  5. Hotel tertinggi dan terbesar di dunia
  6. Ruangan bangunan bertingkat terbesar di dunia
  7. Kawasan tingkat bawah bangunan terbesar di dunia
  8. Bangunan kedua tertinggi di dunia selepas ‘Khalifa Dubai Burj’
  9. Kompleks bangunan paling suci dan masjid terbesar di dunia

Menara Jam Tertinggi

Puncak menara di atas jam telah ditambah setinggi 71 meter (233 kaki) lagi bagi menghasilkan jumlah ketinggian 601 meter (1972 kaki) yang telah menjadikannya bangunan kedua tertinggi di dunia selepas ‘Khalifa Dubai Burj’ dan mengatasi Taipei 101 di Taiwan. Bulan sabit di puncak menara ini telah dibina pada Jun 2011.

Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
Menara jam di kompleks ini adalah juga bangunan paling tinggi di Arab Saudi dengan ketinggian 601 meter (1972 kaki). Ia turut mengatasi ‘Emirates Park Towers’ di Dubai sebagai hotel tertinggi di dunia.

Bulan Sabit
Menara Abraj Al-Bait Towers yang mengandungi hotel ini juga turut dihias replika bulan sabit di atasnya. Bumbung jam pula 530 meter (1,740 kaki) dari aras bumi, menjadikannya jam seni bina yang paling tinggi di dunia.
Tinggi keseluruhan menara jam Makkah adalah 601 meter dan setinggi 251 meter dari bahagian bawah muka jamnya sehingga ke bahagian paling puncak Bulan Sabit. Bulan Sabit yang berdiameter 23 meter itu adalah yang terbesar pernah dibuat setakat ini dan dapat dilihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang.

Azan
Suara Azan dari atas menara dapat didengar dengan jelas di sekitar Masjidil Haram, Makkah dari jarak kira-kira tujuh kilometer dan puncak tertinggi jam Mekah diterangi oleh 21,000 mentol cahaya yang dikeluarkan projektor lampu lampu putih terang dan hijau. Keseluruhan sistem pencahayaannya menggunakan 2 juta lampu jenis ‘L E D’ untuk menerangi Jam Makkah pada waktu malam dan cahaya lampu LED yang menghiasinya ini akan berkerlipan setiap kali azan berkumandang dan boleh dilihat dari jarak sehingga 30 kilometer pada waktu malam.
Kalimah takbir (Allah Maha Besar) dan syahadah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah) sepanjang 23 meter setiap satunya ditempatkan berselang-seli di sisi menaranya.

Muka Jam
Jam gergasi yang memiliki muka jam di setiap sisinya dengan keluasan paparan setiap satunya 43 meter panjang dan 43 meter lebar (141 × 141 kaki) adalah yang terbesar di dunia. Berat kasar setiap muka jam adalah 36 tan.
Manakala 4 enjin berkuasa, setiap satunya seberat 21 tan diperlukan untuk pengoperasiannya. Oleh itu, enjin Jam Makkah adalah paling besar dan berat pernah dibuat setakat ini. Panel solar juga digunakan sebagai  janakuasa sokongan untuk mengendalikan enjin masa ini. 20 rod kilat yang berfungsi secara automatic disediakan bagi melindungi jam dan mentol daripada kejutan kilat.
Ketika memasuki bulan Hijrah / Islam dan cuti, akan dinyalakan 16 cahaya alur tegak sejauh lebih daripada 10 kilometer ke arah langit, berkekuatan 10 kilowatt setiap rasuk.  Bagi melakukan kerja-kerja penyelenggaraan, jam boleh diakses dari dalam menara, pada ketinggian 500 meter dari aras tanah.

Jarum Jam
Panjang jarum minit, 22 meter dan panjang jam 17 meter seberat 6 tan setiap tangan yang dibuat daripada bahan “gentian karbon”. Keseluruhan muka jam Mekah memerlukan 43,000 meter persegi “gentian karbon” yang digunakan dalam industri pesawat moden. Bahan berteknologi tinggi ini memiliki kekuatan tiga kali ganda lebih tinggi daripada kekuatan besi di samping keupayaan untuk menentang keadaan cuaca yang ekstrem.

Hiasan
Selain itu sebanyak 98 juta keping mozek kaca berwarna keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan jam itu. Muka jam bewarna  putih dan hitam semasa hari siang dan bertukar hijau dan putih pada waktu malam.

Sentuhan Anak Malaysia
Pemaju dan kontraktor kompleks gergasi ini adalah Saudi Binladin Group, iaitu syarikat pembinaan yang terbesar di Arab Saudi. Mercu tanda baharu ini turut mendapat ‘sentuhan anak Malaysia’ kerana ia direka oleh Wan Nazri Wan Aria pemuda kelahiran Melaka yang merupakan jurutera yang bekerja dengan syarikat SL Rasch, Jerman. Beliau diberi pengiktirafan menerajui projek dan bertanggungjawab menampilkan ciri-ciri estetik berbeza Makkah dalam mereka bentuk dan juga pembinaan menara jam gergasi tersebut.
Menara hasil kejituan teknologi Jerman itu juga bekerjasama dengan syarikat jam Straintec, Switzerland dan syarikat Premier Composite Technology dari Dubai kerana memerlukan ‘lightweight steel structure’ bagi menyokong jam gergasi itu. Ironinya 14 tenaga pakar syarikat ini juga terdiri daripada sekumpulan anak muda dari Malaysia, antaranya Ir. Armazizul Arifin yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia.

Kemudahan
Abraj Al-Bait Towers mempunyai kawasan struktur lantai terbesar di dunia dengan keluasan 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ruang lantai ini menyamai Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ia turut mempunyai pusat membeli-belah empat tingkat dan tempat letak kereta yang mampu memegang lebih seribu kenderaan. Di samping itu, menara kediaman akan menempatkan penduduk tetap manakala dua ‘heliports’ (tempat mendarat helikopter) dan pusat persidangan adalah untuk menampung pelancong perniagaan. Secara keseluruhan, boleh menempatkan sehingga 100,000 orang di dalam menara. Tingkat kediaman tertinggi akan berada pada 450 meter (1,480 kaki), betul-betul di bawah jam.
Menurut Kementerian Wakaf Agama Saudi, jumlah kos keseluruhan projek ini adalah tiga bilion dolar dan menara jam sahaja menelan belanja 800 juta USD. 
Kompleks Abraj Al-Bait Towers ini telah dirasmikan oleh Penjaga dua masjid suci, raja Abdullah bin Abdul Aziz pada malam AD 20 Ogos 2011 (20 Ramadhan 1432 Hijri).

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Kredit : shafiqolbu

Harta itu akan datang dari belakang ilmumu, 
Apatah lagi ilmu yang datang dari Al-Quran...
Jom baca Al-Quran setiap hari 


Saturday, 25 January 2014

ADAB MINUM AIR ZAM ZAM

Adab ketika minum air zam-zam itu sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian Fuqaha adalah termasuk dalam hukum sunat, antaranya:

  1. Minum menggunakan tagan kanan.
  2. Niat kerana Allah SWT
  3. Menghadap kiblat.
  4. Membaca 'Basmallah' ‘Bismillahir-rahmanir-rahim’ 
  5. Minum air zam-zam dengan niat ikhlas.
  6.  Jangan minum dengan sekali teguk sehingga habis
  7. Minum sebanyak tiga kali dan diselangi bernafas di luar bekas minuman, kemudian baru teguk lagi.
  8. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zam-zam, melihat ke arah kiblat.
  9. Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
  10. Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah).
  11. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.


Doa ketika minum air zamzam: Riwayat daripada Saidina Abdullah bin Abbas R.A:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit."

FATWA PENJUALAN AIR ZAMZAM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.

Sumberhttp://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-semula-hukum-penjualan-air-zam-zam








Thursday, 23 January 2014

KELEBIHAN AIR ZAMZAM

Air Zam Zam mempunyai keberkatan, kelebihan dan keistimewaan yang banyak, yang tidak terdapat pada air-air lain. Di bawah ini dinyatakan beberapa ciri keistimewaannya sebagaimana yang tersebut dalam hadis-hadis Nabi s.a.w Antaranya :-

1.Merupakan air yang terbaik di atas muka bumi dan boleh menyembuhkan penyakit (dengan izi Allah s.w.t)

2. Zam Zam diberkati dan mengenyangkan peminumnya
Abu Zar (Jundub bin Jubadah) al-Ghifari r.a telah menceritakan mengenai kedatangannya ke Makkah sehingga bertemu Rasulullah s.a.w dan seterusnya memeluk Islam. Menurut beliau, setelah bertemu dengan Rasulullah s.a.w Baginda bertanya kepadanya, "Sejak bila kamu berada di sini? Jawabnya "Semenjak 30 hari yang lalu." Rasulullah bertanya lagi " Siapa yanag memberi kamu makanan?" Jawab Abu Zar "Saya tidak mempunyai makanan dan saya hanya meminum air Zam Zam sahaja. Tetapi saya merasa semakin gemuk dan tidak pernah merasa lapar."

3. Zam Zam menyempurnakan hasrat peminumnya (dengan izin Allah)

AIR ZAM ZAM

Telaga Zamzam (atau Zamzam Well, atau ZamzamB. Arabزمزم) ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.

Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwauntuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.
Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.

Semasa ibadah umrah dan haji, para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali yang dikenali sebagai ibadah Sae'i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental. Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam. Jabatan Geologi Arab Saudi telah membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk saudara-mara dan pelbagai tujuan lain. Kajian menunjukkan air zamzam mengandungi pelbagai mineral seperti kalsiummagnesium dan fluorida.