Apa khabar semua? Diharapkan anda semua sihat dan sentiasa didalam perlindungannya.
Apa khabar puasa kita hari ini? Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk bertemu Ramadan pada tahun ini.
Hari ini saya ingin kongsikan tentang didikan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kita didik dengan pegangan yang kuat terhadap nilai-nilai murni yang menjurus kepada kebaikan. Namun, dalam banyak keadaan, manusia mudah ditarik oleh dorongan yang buruk disekeliling mereka sekiranya mereka berada dalam kelompok ini.
Jika anda berada dalam kalangan yang boleh merosakkan nilai murni yang anda pegang selama ini, saya doakan anda diberikan peluang dan jalan untuk keluar darinya.
Perkara sedih yang tidak dapat saya lakukan adalah tidak mampu untuk menasihatkan mereka yang berada dalam kalangan ini, bukanlah kerana mereka jahat akan tetapi sistem yang mereka pegang iaitu tidak boleh berkata tidak, walaupun terpaksa melakukan kesalahan. Sedangkan saya selalu membantah dan tidak bersetuju dengan banyak perkara. Mungkin inilah sebab mengapa ada golongan yang mencari kelemahan kita untuk dijadikan asas kepada perkara-perkara lain. Malah berada dalam sistem ini juga menghakis jati diri dan umpama ditarik untuk mengikut budaya mereka. Sehingga kita sendiri berasa kalah dan mengalah sedangkan kita berusaha untuk keluar dari sistem ini.
Saya doakan kita semua sentiasa diberikan petunjuk dan jalan oleh Allah untuk terus kuat menghadapi apa sahaja cabaran dalam kehidupan dan dapat kembali kepadaNya dalam keadaan tenang dan dimaafkan atas segala kesilapan selama kita hidup di dunia ini.
Salam sayang dari saya. In Shaa Allah berjumpa lagi dilain perkongsian.